Sunday, May 8, 2016
Senjata Api
Tuesday, April 12, 2016
Pengawal Keselamatan
Pengawal keselamatan (atau tidak rasmi, jaga) ialah orang yang bekerja mengawal dan menjaga keselamatan seseorang yang penting, rumah, bangunan, pejabat dan sebagainya. Biasanya mereka diuruskan oleh sebuah syarikat keselamatan.
Pengawal keselamatan penting untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. Risiko pekerjaan ini tinggi kerana mereka terdedah untuk ditembak, dipukul dan dicaci maki oleh pengunjung, perompak dan orang yang tidak dikenali.
Bagi meningkatkan keberkesanan kerjaya ini, mereka dibekalkan dengan senjata seperti cota dan senapang. Bekas tentera danpolis yang pernah mengendalikan senjata lazim dilantik menjadi ketua pengawal keselamatan. Wanita dan orang berumur turut dilantik menjadi pengawal keselamatan di premis tidak berisiko tinggi seperti di hospital dan pejabat.
Keselamatan
Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.
Senarai seni bela diri
Senarai senibela diri yang terdapat di seluruh neegara.
1.Gusti Highland
2.Sambo
5.Kungfu
6.Karate
7.Taekwondo
8.Wushu
9.Tomoi
10.Sumo
11.Silambam
12.Ninja
13.Samurai
14.Combat
15.Savate
16.Boxing
1.Gusti Highland
2.Sambo
3.Jeet-Kune-Do
4.Capoeira5.Kungfu
6.Karate
7.Taekwondo
8.Wushu
9.Tomoi
10.Sumo
11.Silambam
12.Ninja
13.Samurai
14.Combat
15.Savate
16.Boxing
17.Judo
18.Ninjitsu
19.Kyokushinkai
20.Aikido
Monday, April 11, 2016
Seni Bela Diri
Seni pertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.
Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia,Indonesia, Thailand, dan Brunei.
Tentang Pengawal Peribadi
Pengawal peribadi (atau pegawai perlindungan rapat) adalah sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang biasanya terkenal, kaya, atau dari segi politiknya tokoh penting—daripada serangan, penculikan,pembnuhan, pengintipan, kehilangan maklumat rahsia, seraangan pengganas atau ancaman-ancaman lain.
Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis. Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit. Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi.
Salam Perkenalan
Assalamualaikum...
Hai,di sini saya nak share serba sedikit tentang bodyguard dan segala tentang keselamatan serta tip keselamatan. Tidak kira muda tua, laki atau perempuan semua hendak diri selamat dari segala ancaman.
Hai,di sini saya nak share serba sedikit tentang bodyguard dan segala tentang keselamatan serta tip keselamatan. Tidak kira muda tua, laki atau perempuan semua hendak diri selamat dari segala ancaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)