Monday, April 11, 2016

Tentang Pengawal Peribadi

Pengawal peribadi (atau pegawai perlindungan rapat) adalah sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang biasanya terkenal, kaya, atau dari segi politiknya tokoh penting—daripada seranganpenculikan,pembnuhanpengintipan, kehilangan maklumat rahsia, seraangan pengganas atau ancaman-ancaman lain.
Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis. Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit. Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi.

No comments:

Post a Comment